Thursday 10 December 2015

Its not easy vs Its easy




Isnin, 14 Disember 2015

Setiap perkara yang difikir memang mudah. Mahu menjadikan segala yang mustahil menjadi realiti agak sukar pada peringkat permulaan. Proses menjadikan angan-angan menjadi perlu kuasa dorongan dari dalam diri. Jika tidak ada fokus yang memacu pada langkah dalam merealisasikannya menjadi kenyataan akan menyasarkan perjalanan hari-hari kita. Perlu ada carta impian yang jelas agar apa yang dikatakan sukar pada peringkat awal akan menjadi lebih mudah jika kita menjadikan proses itu sendiri sebagai pengalaman. Pengalaman inilah yang menjadikan kita lebih cepat mengharungi apa jua permasalahan yang perlu kita hadapi.


Quotes for today



wrd

Thursday 3 December 2015

Fast Action vs Result

Jumaat, 4 Disember 2015

Assalamualaikum dunia:)
 Agenda dan listing must do hari ini sangatlah padat dan dirasakan saya ingin melakukan semua dalam tempoh 3 bulan begitu mencabar diri ini. Saya tidak mahu bercakap kosong sahaja tetapi membuktikan pada diri saya mampu mencapai apa yang saya inginkan . Nanti saya akan kongsikan senarai panjang obsesi saya untuk terus menulis . Kerana banyak pembahagian masa yang perlu saya jadualkan kembali bagi menjadikan proses ini lancar dan mencapai target.

Pentingnya, untuk kekal sihat, memohon doa pada-Nya dan terus konsisten dalam jadual harian memberi kesan pada keseluruhan hari saya. Tidak mudah untuk saya mencapai semua ini kerana bekerja di rumah, masa saya lebih terarah dengan aktiviti dan keperluan anak-anak yang masih kecil. Saya melihat keterbatasan masa saya untuk melakukan apa yang saya suka bukan lah penghalang  untuk menjadikan impian saya satu kenyataan.

Saya telah menemukan masalah dengan berehat lebih awal dan bangun untuk tengah malam untuk melakukan tugasan saya. Keinginan saya adalah melihat perubahan pada para suri rumah yang tidak bekerja dan tidak mempunyai pengetahuan untuk melihat potensi mereka berubah kepada gaya kehidupan yang lebih baik dan produktif lagi. Di sini, saya telah membina satu lagi web baru yang anda boleh klik di sini work at home mom  .


Di website ini anda kita boleh berkongsi pandangan tentang apa jua  sudut untuk menjana pendapatan diri dan semoga perkongsian ini memberi kita satu gaya terkini untuk berkongsi dan bertukar maklumat dan jika ada peluang kita boleh mewujudkan rangkaian dari rumah atau secara offline pula. Semoga sokongan dari pihak pembaca memberi saya lebih bersemangat untuk berkarya.:)

quote for today

Wednesday 2 December 2015

SLOW VS fAST


Khamis, 2 Disember 2015

Semalam satu hari penuh saya melayan si kecil dan tidak membuat kerja online pun. Hari ini saya  baru memulakan minat dan kerja saya waktu petang. Masa saya lebih santai untuk 2 hari ini, cuma saya lebihkan masa saya untuk membaca tentang teknik dan kemahiran baru. Masa terasa rugi untuk disia-siakan. Pantasnya masa sekarang sehingga terasa setahun dah nak berlalu. Tahun 2016 pula tidak lama lagi tiba.

Masa ini jika dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai terasa tidak cukup masa. Tapi,pengalaman saya selama menjaga anak sendiri saya memberi saya  kesedaran untuk tidak terlalu mengejar masa untuk bekerja. Selalunya, mereka perlukan perhatian dan sokongan kita  untuk berada di samping mereka. Bukan maksud saya di sini anda perlu berhenti kerja pula ya:) Maksud saya jika  sebaiknya kita tidak memikirkan hal kerja semasa berada dekat mereka dan menumpukan 100% untuk bersama mereka. 

Perlahan dalam mencapai sesuatu adalah kerana kita perlu seimbangkan kehidupan ini. Walaupun lambat tapi anda boleh konsisten melakukan minat anda pada masa yang sesuai. Jangan kita menekan mereka untuk menyelesaikan tugasan kita. Boleh ajarkan pelan-pelan yang mereka perlu menghormati masa kerja dan memberi ruang untuk kita ada masa bersendiri.Lama-kelamaan, mereka akan faham situasi kita, tidak pun kita biarkan mereka melakukan aktiviti yang boleh membuat mereka leka seperti mewarna, memberikan busybox (aktiviti mengasingkan benda ke tempat yang betul) dan banyak lagi aktiviti yang boleh anda search dan sediakan.

Jadi, untuk ibu yang menjadi suri rumah anda boleh mencari pelbagai alternatif setiap hari untuk membolehkan anda juga boleh bekerja dari rumah. Cuma, anda perlu adjust masa lagi untuk meneruskan minat yang anda boleh lakukan. Setiap hari jika kita konsisten melakukannya, pasti anda berhasil mencari jalan dan peluang ini. Pendek kata, mahu seribu cara dan jangan cari alasan untuk diri.

quotes for today



action n action
wrd

Sunday 29 November 2015

Time Organizing VS Time Searching

Ahad , 29 November 2015

Barang salah letak, tidak ingat kat mana last letak , barang hilang dan macam2 lagi masalah bila kita nak gunakan item tersebut . Minda terlalu berserabut dengan agenda dan permintaan anak kadang boleh menyebabkan barang miss place dari tempat asal.Masalah mencari barang ini akan berlaku bila barang kita main letak je dan tak simpan di tempat asal. Jadi, ini memberi kita masa lebih untuk searching barang tersebut dan kesudahannya kita akan ambil saja barang yang bukan sepatutnya nak diguna. 

Masa mencari barang sangat menguji tahap kesabaran diri dan ingatan diri juga. Jadi, jika ada masa apa kata kita mulakan dengan sistem penyusunan barang. Dari pada duduk kosong ya tak? Selalunya, saya akan mengambil masa dalam satu hari untuk menyusun bahagian tertentu di rumah untuk di update and di make over bagi meningkatkan lagi aura happy home. Plus, ini dapat memberi bonus untuk diri supaya tidak tertekan untuk mencari barang yang diperlukan jika sudah ada organizer pada setiap barangan untuk diasingkan.

Kebiasaannya, saya akan memilih bahagian tertentu dalam bilik untuk ditangani. Sebagai contoh, jika barang yang tidak diperlukan saya akan asingkan terus. Barang yang tidak boleh digunakan lagi direct answer nya ke tong sampah lah k dan barang yang tidak diguna dulu saya akan letak di dalam kotak (if ada bekas kontena pun ok) bergantung lagi dengan bajet dan kreativitas masing2. Barang yang ada bahagian kecil2 boleh asingkan dalam bekas tersendiri. Selepas itu, saya akan mengambil masa untuk melabel barang tersebut untuk memudahkan pencarian. Bekas tersebut akan saya letak pada ruang yang sepatutnya. Jadi, selesai masalah dech:)

Jika anda mahukan lagi kerja rumah anda lebih berjadual lagi ada banyak website yang memberi anda idea untuk mengemas dan menyusun.:) Di sini saya telah memilih website kegemaran untuk saya print jadual bulanan atau harian yang boleh dipraktiskan. Anda boleh link saja di laman ini oke Jadual Kekemasan

quote for today







Saturday 28 November 2015

Banyak Fikir VS Jangan Fikir

Sabtu, 28 November 2015

Mengantuk sudah jam 10.38 pm ni..?? Macam tak percaya, belakangan ni cepat sangat mata dan energy melemah. Mungkin pagi lagi mengejar masa nak selesaikan kerja rumah dan melayan karenah anak2.Berbalik dengan perkongsian hari ini semua apa yang difikir menjadi persoalan dan jawapan untuk diri. Mahu kan perkara menjadi positif dan negatif boleh saja,..hanya tinggal FIKIR.

Banyak fikir menjadi punca kenapa fikiran menjadi semakin berserabut. Banyak fikir kerana apa ya? Kerna masalah di fikiran yang tidak dapat terselesaikan..atau banyak kerja atau masalah sekeliling. Terlalu banyak penyebab untuk membuat fikiran kita lari dari satu hal ke satu hal lain pada masa yang sama. Menjadi kebiasaan, saya akan banyak bercakap dan berfikir dalam waktu yang sama.:)

Lari dari agenda sebenar anda akan memberi kesan yang tidak baik pada konsisten anda pada masa akan datang. Saya sendiri telah cuba untuk menjalani hari mengikut listing harian . Kesannya, memang akan menjadi kebiasaan tetapi minda anda akan berfikir pantas lagi dari tindakan anda. Tamsil yang mudah, seperti saya ingin membasuh pakaian, dalam masa yang sama fikiran anda akan berfikir untuk membasuh pinggan, mengemop lantai dsb. Saya merasakan diri saya keletihan pada akhir malam disebabkan fikiran yang sarat ini. Memberi kelapangan untuk diri menyelesaikan tugasan tanpa mendesak fikiran mungkin boleh membuatkan fizikal diri lebih energetik mungkin.
 (Pandangan ini hanyalah melalui pengalaman diri, manusia ini berbeza personaliti dan lifestyle masing2 kan:)^,^

Jika saya tidak berfikir, saya pasti lebih relax dan tiada kuasa dorongan yang boleh saya push diri untuk menyelesaikan  tugasan dengan cepat. Masa terlalu pantas dan melihat keadaan ini memberi saya ruang untuk mempercepatkan segala proses pembelajaran sendiri. Dengan tidak berfikir membuat kita akan selesa dengan zon kita sekarang. Jangan terlalu lama menunggu masa sesuai untuk memulakan sesuatu perkara, tambahkan apa yang kurang dengan ilmu dan cari jawapan dengan banyak bertanya.Memang tidak salah untuk berehat, tetapi masalah masa yang lama menjadikan kita leka dan malas. Biar buat dengan sedikit2 lama kelamaan hasilnya pasti ada. In Shaa Allah.:)

quotes for today




Wednesday 25 November 2015

Masa santai vs Masa Ilmu

Selasa 24 November 2015

Masa yang bergerak terlalu pantas menjadikan kita semakin pantas untuk menjalani kehidupan seharian. Pagi berlalu tanpa sadar, yang menjadikan rutin kita sudah memikirkan masa tengahari pula. Masa petang pula singkat kerna malam orang pun sudah mahu berehat awal kerna seharian telah letih bekerja. Terkadang bila memikirkan putaran alam ini menjadikan saya tidak punya pilihan melainkan memendekkan waktu santai saya.

Ya, memang tidak dinafikan masa di rumah lebih santai jika bekerja di luar. Tiada kesibukan kereta dan masa anda lebih banyak pada ketika itu dengan tugasan di rumah. Masa ini akan saya manfaatkan dengan mengerjakan Solat Dhuha dan berdoa. Pada masa mula berniaga  10 tahun yang lepas, saya telah mensia-siakan usia saya dan peluang saya dengan tidak berterima kasih kepada-Nya. Melihatkan diri saya sendiri hari ini membuatkan saya bersyukur atas kurnia-Nya.Saya masih mampu untuk hidup dengan kehidupan yang baik.Terdapat banyak kebaikan dan keistimewaan dengan mengerjakan solat Dhuha ini.(pliz google untuk tambahan ilmu)

Dengan ilmu dan penerimaan untuk melakukan semua hal dengan keikhlasan menjadikan kita seseorang yang lebih penyayang dan lebih baik. Satu ketika penerimaan kita dengan perkara yang sangat negatif  pun akan berlalu jika kita punya satu tahap ilmu yang telah membuka pandangan kita dengan bersikap lebih matang dan tenang. Masa mencari ilmu ini tiada batas, terserah lagi dengan kreativitas diri. 

quotes for today




listen to your hart
wrd



Wednesday 18 November 2015

Sharing vs Secret

Khamis,19 November 2015

Ada apa dengan hari ini ya?? Maklum saja menjelang cuti persekolahan hendak bermula dan program cuti yang panjang haruslah diisi dengan aktiviti masing-masing. Tak lama lagi juga tahun baru pun nak menjengah kita. Sebulan cuti tanpa anak ke sekolah menambahkan lagi cabaran saya untuk menyiapkan segala dengan cepat dan smart. Ya, memang perlu kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk menjadikan hari yang dijalani bermakna buat saya dan anak-anak. 

Sharing bagi saya membuat hidup saya lebih bernilai.Kerana apa? kerana berkongsi dapat menjadikan kita lebih baik dari hari semalam.Oleh itu,saya telah mengambil peluang ini dengan berkongsi blog saya hari ini bersama ahli keluarga untuk membolehkan saya semakin bersemangat untuk melalui hari saya dengan lebih padat dan berkualiti.

Kehidupan di Limbang agak sepi hanya ditemani dengan akses internet dan karenah anak-anak. Jadi, berkongsi menjadikan inspirasi kepada diri saya sendiri. Apa yang membuat saya semakin happy juga adalah menjadikan blog ini tempat saya meluahkan ekpresi diri dan menjadikan idea di minda saya sebuah kenyataan.

Melakukan segala sesuatu tanpa ilmu yang ada membuatkan kita terkapai-kapai. Jika kita berkongsi masalah dan cerita mungkin teman dan keluarga kita dapat membantu kita. Secret bukan pilihan saya, apa yang kita pandai dan tahu tidak semestinya kita boleh simpan untuk kepentingan diri. Peluang kita mungkin lebih besar lagi jika kita berkongsi apa yang kita faham. Ya tidak? Tujuan hidup kita pasti lebih memberi impak besar dengan melakukan kebaikan ini. Semoga hari kita akan lebih terarah. 

quotes for today:


wahm

wrd